awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Negeri Pahang tawar Baucar Raya RM100 buat anak Pahang di perantauan

Sinar Harian
Sinar Harian
28/02/2026
06:00 MYT
Kerajaan Negeri Pahang tawar Baucar Raya RM100 buat anak Pahang di perantauan
Tarikh tutup permohonan ditetapkan 5 Mac 2026, dan hanya 10,000 individu pertama yang berjaya mendaftar layak menerima baucar itu.
Kerajaan Negeri Pahang meneruskan inisiatif khas bagi membantu rakyat negeri itu yang bekerja atau menetap di luar Pahang menyambut Aidilfitri di kampung halaman dengan pemberian Baucar Raya bernilai RM100.
Tawaran itu dibuka kepada 10,000 pemohon terawal yang memenuhi syarat ditetapkan, sebagai usaha menyemarakkan sambutan hari raya di samping mengukuhkan semula ikatan kekeluargaan.
Menurut syarat permohonan, baucar tersebut terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas, bergelar “Anak Pahang” yang bekerja atau menetap di luar negeri Pahang dan merancang balik beraya ke Pahang pada musim perayaan ini.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan Google Forms yang disediakan atau dengan mengimbas kod QR yang tersenarai dalam kempen tersebut.
Tarikh tutup permohonan ditetapkan 5 Mac 2026, dan hanya 10,000 individu pertama yang berjaya mendaftar layak menerima baucar itu.
Inisiatif itu dikongsikan menerusi platform media sosial rasmi kerajaan negeri dengan kapsyen “Anak Pahang di perantauan, moh balik raya!” serta dorongan kepada penduduk negeri itu untuk memohon secepat mungkin.
Kempen tahunan “Baucar Raya RM100” ini sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk menyokong mobiliti sosial dan kebajikan rakyat Pahang, terutamanya golongan muda yang merantau mencari rezeki di luar negeri.
Orang ramai yang layak digalakkan membuat permohonan lebih awal kerana tawaran adalah terhad.
Topic Berkaitan
#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#aspirasipahang1st
#MohBalikPahang
#BaucarRaya2026
#AnakPahang
#rayadipahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan