awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pantau penyaluran dana rakyat ke luar negara - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
12/11/2014
00:37 MYT
Kerajaan pantau penyaluran dana rakyat ke luar negara - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Kerajaan pantau penyaluran dana rakyat ke luar negara.
Kerajaan sentiasa memantau dana daripada rakyat Malaysia yang disalurkan ke luar negara termasuk ke negara bergolak seperti Syria.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemantauan aktiviti membabitkan penyaluran dana asing dibuat melalui Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).
Beliau berkata agensi kerajaan yang lain yang memantau ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanhaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bank Negara dan agensi penguatkuasaan lain.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan operasi Balqis Textiles and Manufacturing Sdn Bhd di sini pada hari Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung dana yang dikumpul menerusi laman sosial seperti Facebook bagi tujuan kebajikan yang akan disalurkan kepada negara bergolak seperti Syria.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata kerajaan juga mengetahui tentang beberapa akaun yang dibuka bukan di negara yang bergolak seperti Syria sahaja tetapi di beberapa buah negara jiran ataupun negara lain.
Oleh itu, beliau berkata melalui AMLA, pihaknya dapat menggunakan langkah-langkah pencegahan termasuklah langkah pemantauan melalui saluran media sosial dan saluran maklumat melalui siber untuk mengetahui ke mana dana ini disalurkan.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menggalakkan agar pakaian seragam dapat dibekalkan dari segi bahannya menerusi pengeluar-pengeluar tekstil tempatan.
"Ini adalah bagi menentukan bahawa pertukaran wang asing tidak banyak mengalir keluar.
Pengusaha dan pengilang serta pengeluar bahan-bahan pakaian seragam juga perlu bersedia untuk melakukan pelaburan kerana kita tahu industri ini biarpun amat kompetitif tapi pasaran agak meluas.
Pasukan-pasukan beruniform dan bahagian penguatkuasa jabatan dan agensi penguatkuasaan termasuk rakyat tempatan mempunyai potensi besar bagi menggunakan industri tempatan dalam menghasilkan pakaian seragam," katanya.
Topic Berkaitan
#AMLA
#bergolak
#dana
#sosial
#Syria
#zahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan