awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
PM fokus ekonomi, tolak tepi kemelut Rafizi, PKR
Bekas Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pastikan pembangunan, kemudahan asas dinikmati semua rakyat - Anwar

Bernama
Bernama
15/03/2026
11:02 MYT
Kerajaan pastikan pembangunan, kemudahan asas dinikmati semua rakyat -  Anwar
Penduduk di Kampung Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai menzahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila jambatan baharu menggantikan titi gantung berusia 24 tahun yang runtuh pada 1 Januari lalu telah siap sepenuhnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI akan terus berusaha memastikan setiap rakyat, sama ada di bandar mahu pun desa, menikmati pembangunan dan kemudahan asas yang sewajarnya tanpa dipinggirkan.
Perdana Menteri menyatakan perkara itu dalam hantaran ringkas melalui Facebook hari ini, sebagai reaksi kepada penghargaan daripada penduduk Kampung Chatel Damai, Lata Rek di Kuala Krai, Kelantan terhadap pembinaan jambatan baharu di kampung berkenaan.
Jambatan yang telah siap sepenuhnya itu adalah bagi menggantikan titi gantung berusia 24 tahun yang runtuh pada 1 Jan lepas.
Pada 2 Jan lepas, Anwar telah mengarahkan agar peruntukan disediakan bagi menggantikan segera titi gantung yang runtuh di Lata Rek untuk menjamin keselamatan dan kemudahan rakyat.
Media sebelum ini melaporkan suasana meriah majlis perkahwinan sepasang pengantin bertukar cemas apabila titi gantung yang dilalui tetamu mereka tiba-tiba runtuh menyebabkan lebih 50 orang terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai di Lata Rek.
Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Kelantan Jasri Kasim sebelum ini berkata kos pembinaan jambatan besi sepanjang 50 meter dan lebar tiga meter itu dianggarkan kurang daripada RM400,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#titi gantung
#peruntukan
#kemudahan asas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan