awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perak agih lima tan durian kepada petugas barisan hadapan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/08/2021
07:32 MYT
Kerajaan Perak agih lima tan durian kepada petugas barisan hadapan
Kerajaan negeri Perak peruntukkan RM300,000 untuk membeli kira-kira lima tan durian bagi membantu pekebun yang terjejas dengan lambakan raja buah itu, kata Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Razman Zakaria. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Kerajaan negeri Perak memperuntukkan RM300,000 untuk membeli kira-kira lima tan durian bagi membantu pekebun yang terjejas dengan lambakan raja buah itu.
Durian itu kemudiannya diagih-agihkan kepada petugas-petugas barisan hadapan, khususnya mereka yang bertugas di kawasan yang tiada atau kurang pokok durian.
Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria berkata, lambakan durian itu menyebabkan ada peniaga yang menjual pada harga RM1 sekilogram.
Menurut beliau, terdapat juga buah-buah durian yang diusahakan pekebun dibantu jualannya oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
“Ada RM300,000 peruntukan daripada kerajaan negeri untuk membeli (durian) supaya tak membazir begitu sahaja durian-durian itu… jadi kita beli. Ada yang pihak FAMA akan jual, mana yang boleh dijual akan dijual sementara yang tidak boleh dijual, kita (kerajaan negeri) agihkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan durian kepada petugas barisan hadapan di beberapa sekatan jalan raya (SJR) dan pusat pemberian vaksin di Stadium Indera Mulia di sini, pada Isnin.
Inisiatif pembelian durian tersebut, kata beliau, dilakukan terutamanya di kawasan sumber bekalan durian yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (pkpd).
Topic Berkaitan
#buah durian'
#raja buah
#Kerajaan Negeri Perak
#Kerajaan Perak
#lima tan durian
#lambakan durian
#FAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan