awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Slot punca Salah tinggalkan Liverpool'
Lelaki memandu lawan arus serah diri, dituduh pagi ini
Asnida Daim tiba beri keterangan di SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu semak semula syarat ketat program MM2H - Sultan Johor

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
30/08/2021
10:51 MYT
Kerajaan perlu semak semula syarat ketat program MM2H - Sultan Johor
Sultan Ibrahim bertitah supaya kerajaan mempertimbangkan semula syarat-syarat baharu yang ditetapkan kerana ia dikhuathiri boleh menjejaskan kemasukan peserta baharu, serta pemegang pas MM2H yang sedia ada. - Foto Facebook
JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu menyemak semula syarat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi mencapai imbangan positif terhadap kemasukan pelabur serta pertumbuhan ekonomi negara.
Perkata itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menerusi hantaran di media sosial rasmi baginda.
Titah baginda, ini kerana Program MM2H yang dibenarkan beroperasi semula dengan beberapa syarat baharu kepada peserta dilihat terlalu ketat.
Sultan Ibrahim bertitah supaya kerajaan mempertimbangkan semula syarat-syarat baharu yang ditetapkan kerana ia dikhuathiri boleh menjejaskan kemasukan peserta baharu, serta pemegang pas MM2H yang sedia ada sekarang.
"Penetapan syarat baharu seharusnya lebih baik, bagi mendorong kemasukan pelancong serta pelabur untuk kembali meningkatkan ekonomi negara.
"Jika ia (syarat baharu) terlalu ketat, kemungkinan boleh memberi kesan kepada pendapatan negara, serta memberi tekanan kepada peserta baharu dan sedia ada.
"Ini juga amat mengecewakan kita di Johor di mana kita mempunyai hubungan sejarah yang lama dengan Singapura serta rakyatnya, syarat baharu ini kemungkinan akan menyebabkan mereka untuk tidak melabur di Johor," titah baginda.
Baginda bertitah, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk mengembalikan kriteria yang ditetapkan sebelum ini yang berkesan dalam mempromosikan Malaysia sebagai antara destinasi persaraan antarabangsa.
“Peraturan-peraturan baharu ini akan menyebabkan lebih banyak pemegang pas MM2H keluar dari negara ini. Bagaimana kita hendak mempromosikan Malaysia sebagai antara destinasi pelaburan?
“Jika kita kerap mengubah peraturan, ini boleh menyebabkan ketidakyakinan dalam kalangan peserta, dan ini juga bukan masanya untuk menaikan kadar fi. Pengubahan syarat secara drastik akan menjejaskan imej negara,” titah baginda.
Sejak dimulakan pada tahun 2002, hanya 57,478 warga asing telah diberikan pas jangka panjang MM2H.
Namun, program itu telah dihentikan sementara pada September 2018 untuk dikaji semula, dengan syarat-syarat baharunya diperkenalkan pada minggu lalu.
Di bawah syarat baharu ditetapkan, pendapatan luar negara peserta MM2H adalah sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan berbanding RM10,000 sebelum ini.
Manakala, pemilikan akaun simpanan sekurangnya-kurangnya RM1 juta dan pengeluaran maksimum sebanyak 50 peratus dibenarkan ke atas nilai prinsipal bagi tujuan pembelian hartanah, kesihatan dan pendidikan anak mereka.
Peserta juga perlu pengisytiharan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta, kadar fi pas daripada RM90 dinaikkan kepada RM500 setahun dan fi proses pula sebanyak RM5,000 bagi prinsipal serta RM2,500 bagi setiap tanggungan.
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#program malaysia rumah keduaku
#mm2h
#ekonomi
#Johor
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan