awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perpaduan jamin selesai isu air di Kedah jika diberi mandat dalam PRN

Bernama
Bernama
28/04/2023
16:06 MYT
Kerajaan Perpaduan jamin selesai isu air di Kedah jika diberi mandat dalam PRN
Ahmad Zahid berkata kementeriannya akan membantu KEDA dalam usaha memajukan semula Kedah. - Gambar fail/Sinar Harian
ALOR SETAR: Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu gangguan bekalan air di Kedah sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan nanti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kita tahu masalah air tidak selesai... kita tidak mahu air 'teh susu' di Kelantan dah jadi 'kopi susu', betul? Kita tidak mahu Kedah pun jadi kopi susu. Berapa banyak (kawasan) di Kedah ini (pada) waktu raya ini tak cukup air? Betul?
"Insya-Allah, kalau kerajaan (negeri) ini di bawah Kerajaan Perpaduan, masalah air Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan selesaikan... sebab Perdana Menteri juga Menteri Kewangan. Kalau beliau lupa, saya akan ingatkan tolong rakyat Kedah," katanya ketika menyampaikan pidato pada Himpunan MADANI Kedah 2023 di Dataran Stargate, di sini malam ini.
Selain Perdana Menteri, turut hadir ialah beberapa Menteri Kabinet antaranya Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementeriannya akan membantu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dalam usaha memajukan semula Kedah.
"Begitu juga masalah perumahan dan tanah di Kedah, saya tahu masalah ini. Insya-Allah, Datuk Seri Anwar bagi tanggungjawab kepada saya (untuk) jaga kampung, jaga desa, saya tidak akan pernah untuk tidak melaksanakan amanah ini.
"Insya-Allah, kementerian ini (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) akan membantu orang kampung sama ada orang Melayu, Cina, India, Siam, Orang Asli untuk kepentingan negeri Kedah dan untuk kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.
Ahmad Zahid berkata kombinasi baik yang terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu dipertahankan demi kestabilan politik.
Dalam pada itu, sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, beliau turut mengulangi pendirian parti untuk terus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri meskipun terdapat pelbagai cabaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#bekalan air
#Pakatan Harapan
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan