awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang jadikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pengambilan pekerja asing

Bernama
Bernama
19/03/2021
20:00 MYT
Kerajaan pertimbang jadikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pengambilan pekerja asing
Fadillah berkata buat masa ini perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana jumlah vaksin COVID-19 yang ada dalam negara adalah terhad. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUCHING: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 sebagai syarat untuk pengambilan pekerja asing di negara ini pada masa hadapan.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata buat masa ini perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana jumlah vaksin COVID-19 yang ada dalam negara adalah terhad dan diberikan dalam beberapa fasa tertentu.
"Apabila vaksin sudah mencukupi dan mudah diperoleh mungkin kita akan menetapkan condition (syarat) bahawa (pekerja) mesti divaksin dahulu, baru boleh mereka bekerja di sini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Malaysia Prihatin di sini, pada Jumaat.
Katanya, prosedur operasi standard (SOP) terhadap pekerja asing terutamanya bagi sektor pembinaan kini sudah mencukupi bagi mengekang penularan virus berbahaya itu.
Fadillah juga memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menahan atau mengambil tindakan undang-undang terhadap warga asing yang tidak memiliki dokumen sah yang ingin mendapatkan vaksin COVID-19.
"Semua orang akan divaksinasi termasuk warga asing yang berada di sini secara sah atau haram.
"Mereka layak menerima (vaksin) selagi berada di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajan pertimbang
#suntikan vaksin COVID-19
#syarat
#pengambilan pekerja asing
#Malaysia
#Menteri Kanan Kerja Raya
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan