awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pusat tidak pernah gagal bawa pembangunan ke Sabah, Sarawak

Bernama
Bernama
02/09/2017
23:52 MYT
Kerajaan Pusat tidak pernah gagal bawa pembangunan ke Sabah, Sarawak
Salleh berkata Sabah dan Sarawak tetap mendapat keistimewaan sama seperti dinikmati negeri-negeri lain di Semenanjung. -Gambar fail
Kerajaan Pusat tidak pernah gagal dalam membawa pembangunan ke Sabah dan Sarawak sejak pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Salleh berkata Sabah dan Sarawak tetap mendapat keistimewaan sama seperti dinikmati negeri-negeri lain di Semenanjung.
"Ini kerana para pemimpin tertinggi negara sentiasa mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak yang terlibat dalam pembentukan Malaysia," katanya berucap pada Program Semarak Merdeka dan Pemimpin Masyarakat DUN Kadamaian di Dewan Serbaguna Kampung Tambulion Laut, dekat sini, pada .
Salleh berkata Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai kuasa autonomi tertentu malah pandangan serta suara pemimpin daripada kedua-dua negeri itu sentiasa didengar di peringkat Pusat.
Beliau berkata hal itu terbukti apabila semakin ramai pemimpin dari kedua-dua negeri dilantik memegang jawatan penting dalam jemaah kabinet Pusat.
Salleh yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan berkata rakyat seharusnya sedar bahawa banyak kejayaan telah dicapai di bawah pemerintahan kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, permuafakatan antara para pemimpin terdahulu dan sekarang telah berjaya membentuk sekali gus memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan aman damai.
Pada majlis itu, Salleh turut menyampaikan sumbangan RM518,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh DUN Kadamaian selain meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi kerja-kerja membaik pulih Dewan Serbaguna Kampung Tambulion Laut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN
#Malaysia
#Merdeka
#Sabah
#Salleh Said Keruak
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan