awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan rangka Pelan Pemulihan Negara sebagai persiapan keluar pandemik COVID-19 - PM

Bernama
Bernama
13/06/2021
05:41 MYT
Kerajaan rangka Pelan Pemulihan Negara sebagai persiapan keluar pandemik COVID-19 - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Tan Sri Annuar Musa melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Johor, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada Ahad. - Gambar Twitter
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka Pelan Pemulihan Negara sebagai persiapan untuk negara keluar daripada pandemik COVID-19 pada satu peringkat yang munasabah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, pelan yang dibuat berdasarkan kepada data, sains dan segala persiapan yang telah dilakukan termasuk dari segi pengurusan COVID-19, ekonomi, program vaksinasi dan sebagainya itu, akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh seminggu akan datang.
"Beberapa menteri utama yang terbabit sudahpun duduk membentangkan secara kasar kepada saya. Pada dasarnya baik, tetapi belum lagi diperhalusi.
"Sudah sampai masa kita nak tetapkan satu 'exit strategy' atau pelan pemulihan negara untuk kita keluar dari masalah ini, tetapi ini adalah cabaran yang besar bergantung pada kerjasama dan sokongan semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Johor, Bandar Tun Razak di sini hari ini yang turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Pelan Pemulihan Negara
#exit strategy
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Majlis Keselamatan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan