awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi petik Surah al-Hujurat, seru amal prinsip tabayyun elak sebar berita palsu
Kerajaan kekalkan harga subsidi di sebalik ketidaktentuan minyak global
'Masa mesyuarat dengan PM, MB Terengganu tak tanya soalan' - Fahmi kesal Hadi persoal harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan salur subsidi RM3.4 juta program Jualan Rahmah Aidilfitri di Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
14/03/2026
06:42 MYT
Kerajaan salur subsidi RM3.4 juta program Jualan Rahmah Aidilfitri di Negeri Sembilan
S. Veerapan, diberi taklimat ringkas mengenai skim harga kawalan maksimum oleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan (kanan) hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan memperuntukkan subsidi RM3.4 juta bagi program Jualan Rahmah sempena Aidilfitri melibatkan lapan Parlimen dan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan bermula 23 Feb hingga 29 Mac ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S Veerapan berkata kerajaan negeri turut menyediakan subsidi sebanyak 18,000 kilogram (kg) daging yang akan dijual dengan diskaun RM3 sekilogram daripada harga jualan bermula Rabu ini.
"Bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga sempena musim perayaan, anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri akan ditempatkan di lokasi strategik yang menjadi tumpuan orang ramai bagi menjalankan pemantauan secara berterusan.
"Pada masa sama, pengguna juga dinasihatkan supaya lebih berjimat cermat dalam berbelanja. Peringkat Persekutuan sendiri, langkah seperti pembatalan rumah terbuka turut diambil sebagai contoh bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan perbelanjaan secara berhemah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2026 peringkat Negeri Sembilan bermula hari ini hingga 28 Mac.
Veerapan berkata terdapat 23 jenis barangan di bawah skim tersebut, antaranya bawang kuning besar, bawang merah besar, cili merah, daging kerbau import (India), daging lembu tempatan kecuali daging batang pinang, halia tua import dan pelbagai lagi.
Dalam perkembangan berasingan, Veerapan berkata setakat ini tiada aduan atau laporan mengenai pembelian panik di negeri ini susulan konflik di Asia Barat, serta menegaskan pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#Negeri Sembilan
#S. Veerapan
#Jualan Rahmah
#SHMMP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan