awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Selangor perlu agresif selesai masalah air - Rizam

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2020
21:00 MYT
Kerajaan Selangor perlu agresif selesai masalah air - Rizam
Rizam menegaskan ia semakin kronik dan perlu diberi noktah sebelum rakyat menagih serta melutut kepada kerajaan agar masalah itu dapat diselesaikan.
KUALA LUMPUR:Kerajaan Selangor perlu bertindak secara agresif dalam menyelesaikan masalah air yang sudah sekian lama membelenggu rakyat negeri itu.
Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail menegaskan ia semakin kronik dan perlu diberi noktah sebelum rakyat menagih serta melutut kepada kerajaan agar masalah itu dapat diselesaikan.
"Pertama sekali saya ingin bertanya kepada Ng Sze Han yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru.
"Adakah beliau tidak mengawal selia kilang-kilang yang beroperasi di Selangor ini sehingga terlalu banyak kes masalah air di Selangor ini berpunca daripada pencemaran sungai oleh kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab?
"Apakah beliau tidak belajar dari kesilapan yang lepas? Rakyat sudah tidak mampu lagi berhadapan dengan masalah air yang tiada kesudahan ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Ahad.
Terdahulu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyatakan pihaknya mendapat laporan terdapat bau tidak normal seakan bau bangkai dikesan di Sungai Semenyih dan Sungai Langat.
Menerusi ciapan di laman Twitter, LUAS memaklumkan bau itu dikesan kira-kira jam 4.30 petang pada Ahad.
Dalam pada itu tegas Rizam, rakyat Selangor adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shaari sendiri.
"Kedua saya ingin bertanya kepada Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Urus Air Selangor.
"Adakah anda sedia maklum masalah air di Selangor ini adalah masalah kritikal rakyat?
"Sehingga kini, masih tiada pelan atau ‘blueprint’ dalam penyelesaian masalah air di Selangor.
"Hanya tindakan ‘reaction’ sahaja yang mampu dilakukan. Datang masalah baru fikirkan cara penyelesaian.
"Jika tidak mampu untuk fikirkan penyelesaian, saya sarankan beliau lepaskan jawatan dan berikan kepada orang yang mempunyai idea dan solusi bukan hanya orang yang hanya mampu bertindak secara ‘reaction’ sahaja dalam menyelesaikan masalah," tegasnya.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri sebelum ini berkata pihaknya masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan.
Topic Berkaitan
#Semenyih
#pembangkang
#Air Selangor
#masalah air
#LUAS
#Lembaga Urus Air Selangor
#Rizam Ismail
#Ng Sze Han
#Amirudin Shaari
#Elina Baseri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan