awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI tingkat peruntukan Kelantan kepada RM8 bilion - PM Anwar
[TERKINI] Iran kembali perketat kawalan Selat Hormuz - IRGC
Kerajaan selaras komunikasi krisis konflik Asia Barat melalui MTEN, CCC — Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan selaras komunikasi krisis konflik Asia Barat melalui MTEN, CCC — Fahmi

Seth Akmal
Seth Akmal
18/04/2026
07:51 MYT
Kerajaan selaras komunikasi krisis konflik Asia Barat melalui MTEN, CCC — Fahmi
Fahmi ditemui media semasa menghadiri program Kempen Kesedaran Kesihatan Awam Universiti Malaysia 2026  bertemakan ‘tiga serangkai satu solusi’ di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
Kerajaan menyelaras komunikasi krisis berkaitan konflik Asia Barat melalui beberapa peringkat termasuk Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta penubuhan Pusat Arahan Komunikasi (CCC).
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penyelarasan awal dilakukan di peringkat MTEN sebelum dibawa ke Jemaah Menteri.
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan semua anggota pentadbiran memahami situasi keseluruhan dan terlibat dalam sebarang keputusan yang dibuat secara bersama.
“Di peringkat Jemaah Menteri, semua menteri akan diberikan taklimat dan dilibatkan dalam keputusan yang perlu diputuskan bersama,” katanya.
Fahmi ditemui media semasa menghadiri program Kempen Kesedaran Kesihatan Awam Universiti Malaysia 2026 bertemakan ‘tiga serangkai satu solusi’ di sini hari ini.
Menurutnya, CCC yang ditubuhkan pada 1 April melibatkan Setiausaha Akhbar serta kementerian yang berkait secara langsung dengan isu berkenaan.
Ia termasuk Kementerian Luar (Wisma Putra), Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi.
“Sekiranya timbul sebarang perkara yang perlu diselaras, pihak CCC akan membantu mengarahkan supaya dari segi penyampaian mesej ia jelas,” katanya.
Menyentuh mengenai sidang media mingguan, Fahmi selaku Jurucakap Kerajaan MADANI berkata sesi taklimat secara hibrid akan dilaksanakan Rabu depan.
Tambahnya, ia melibatkan taklimat berhubung krisis tenaga global serta sidang media pasca mesyuarat mingguan Jemaah Menteri.
“Wartawan bertugas di Putrajaya boleh hadir secara fizikal dan di Kuala Lumpur boleh mengikuti secara hibrid dan bertanyakan soalan dalam talian,” katanya.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#taklimat
#komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan