awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sentiasa pastikan kebajikan warga ATM terbela - PM

Bernama
Bernama
16/09/2021
09:12 MYT
Kerajaan sentiasa pastikan kebajikan warga ATM terbela - PM
Ismail Sabri berkata pengorbanan warga ATM selama ini amat besar dalam memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan tanah air terpelihara.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa memastikan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbela dan disanjung atas khidmat bakti yang besar kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi hantaran di laman Facebook beliau bersempena Hari ATM ke-88 hari ini, Ismail Sabri berkata pengorbanan warga ATM selama ini amat besar dalam memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan tanah air terpelihara.
"Bukan sedikit dipertaruhkan demi negara, malah air mata, darah, keringat, hatta nyawa mereka sendiri.
Terima kasih kepada seluruh warga ATM atas pengorbanan yang tidak terhingga ini," katanya.
Ismail Sabri berkata ATM juga sentiasa bersiap siaga menerusi pelaksanaan pelbagai eksesais yang bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, taktikal, penggunaan aset, tetapi juga kesediaan mental para perwira ATM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan