awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju Sarawak perlu tambahan vaksin tetapi keperluan negeri lain perlu diambil kira

Bernama
Bernama
02/04/2021
20:18 MYT
Kerajaan setuju Sarawak perlu tambahan vaksin tetapi keperluan negeri lain perlu diambil kira
Muhyiddin melawat bilik pembedahan Hospital Umum Sarawak, ketika meninjau projek naik taraf di hospital terbabit, di Kuching, 2 April, 2021. --fotoBERNAMA
KUCHING: Kerajaan Persekutuan bersetuju bahawa Sarawak perlukan tambahan bekalan vaksin COVID-19 namun keperluan negeri-negeri lain juga perlu diambil kira, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata permintaan itu telah dibincangkan bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan beliau berpendapat bahawa permintaan itu berasas.
"(Saya setuju) Cuma kita juga perlu lihat dengan lebih terperinci kerana negeri-negeri yang lain juga memerlukan bekalan vaksin.
"Yang penting kita perlu cari jalan supaya kes positif COVID-19 dapat diturunkan," katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan lawatan ke Hospital Umum Sarawak di sini, semalam.
Perdana menteri tiba di Sarawak pada Khamis untuk lawatan kerja selama dua hari.
Pada 18 Mac lalu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Kerajaan Negeri Sarawak telah menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan mengenai hasratnya membeli sendiri vaksin COVID-19 untuk penduduk negeri itu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata faktor bekalan oleh pembekal vaksin juga harus diambil kira oleh kerajaan sebelum boleh meluluskan tambahan vaksin kepada negeri tertentu.
"Bekalan vaksin dari pembekal tidak sampai sekali gus. Itulah sebab kami (Kerajaan Pusat) menghantar mengikut kumpulan (kepada kerajaan negeri) kalau pembekal segera hantar, segera negeri akan dapat.
"Sekarang ini kita perlu ikut jadual tertentu (oleh pembekal). Jadi kita terpaksa tunggu untuk pembekal sampaikan pada tempoh masa tertentu, itu masalah kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#kerajaan
#menteri
#COVID-19
#kes positif
#vaksin
#bekalan
#kerajaan negeri
#kerajaan pusat
#Sarawak
#kerajaan Persekutuan
#ikut jadual
#pembekal vaksin'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan