awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju tangguh bayaran balik pinjaman PTPTN

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
19/03/2020
12:03 MYT
Kerajaan setuju tangguh bayaran balik pinjaman PTPTN
Penangguhan bayaran PTPTN tersebut akan berkuat kuasa serta-merta selama tiga bulan sehingga 30 Jun 2020.
Kerajaan bersetuju untuk memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Penangguhan bayaran PTPTN itu akan berkuat kuasa serta-merta selama tiga bulan sehingga 30 Jun 2020.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad yang bersetuju dengan cadangan yang diberikan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Noraini yang bersetuju dengan cadangan memberi kelonggaran kepada para peminjam PTPTN.
“Saya amat gembira kerana ia dapat dilaksanakan dengan kadar segera, hanya beberapa hari sahaja selepas cadangan tersebut diangkat kepada beliau,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Penangguhan bayaran balik pinjaman akan memberi manfaat dan membantu hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03 - 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my
.
.
Topic Berkaitan
#Bayaran Balik
#COVID-19
#kerajaan
#PTPTN
#Wan Saiful Wan Jan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan