awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tak main silap mata pulihkan hutang negara - Guan Eng

Bernama
Bernama
02/05/2019
20:00 MYT
Kerajaan tak main silap mata pulihkan hutang negara - Guan Eng
Lim Guan Eng ketika menyampaikan ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen P186 Sandakan di Indah Jaya, Sandakan, 2 Mei, 2019. -- fotoBERNAMA
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak bermain silap mata untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa singkat berikutan menanggung hutang yang tinggi diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan PH memerlukan sedikit masa untuk merancang bagi mengurangkan bebanan hutang selama puluhan tahun di bawah kerajaan terdahulu dan memulihkan ekonomi negara.
"Bebanan hutang oleh kerajaan BN tidak diselesaikan dalam tempoh setahun," katanya pada ceramah umum DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, di sini, malam tadi.
Hadir sama, calon DAP PRK Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang.
Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP, berkata, negara dirompak oleh kerajaan lama sehingga menanggung hutang sebanyak RM150 bilion termasuk hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Akibat skandal dan kepentingan peribadi pemimpin kerajaan sebelum ini menyebabkan negara sakit.
"Kita usaha kurangkan hutang ini. Beri kami masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk memulihkan ekonomi negara ke landasan betul dan bangkit sebagai Harimau Asia," katanya.
Namun begitu, beliau berkata beban hutang itu tidak menghalang kerajaan meneruskan projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
Dalam pada itu, Guan Eng membidas parti lawan iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menggunakan modal menghentam peribadinya untuk kempen di PRK Sandakan.
"Mereka tiada modal lain. Apa yang saya tidak cakap pun hentam saya.
"Justeru, kita kena tolak parti lawan (PBS) yang merupakan saki baki kerajaan lama yang gagal menentang rasuah di Sabah dan persekutuan," tegasnya.
Beliau berkata kerajaan persekutuan di bawah PH memastikan sistem penyampaian projek pembangunan yang dilaksanakan bukan cakap kosong sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Barisan Nasional
#DAP
#ekonomi
#Hutang negara
#kerajaan
#Lim Guan Eng
#Lim Kit Siang
#main silap mata
#Pakatan Harapan
#pilihan raya kecil
#PRK Sandakan
#Rasuah
#Sandakan
#Sandakan memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan