awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti cadangan kebolehgunaan produk insurans, takaful secara mudah alih

Bernama
Bernama
05/12/2024
07:30 MYT
Kerajaan teliti cadangan kebolehgunaan produk insurans, takaful secara mudah alih
Lim berkata produk MHIT adalah berbeza dengan nombor telefon bimbit. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti cadangan kebolehgunaan produk insurans, takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) secara mudah alih demi memastikan akses penjagaan yang berterusan dan berkesan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Beliau berkata antara kriteria yang diperlukan bagi cadangan itu termasuk mekanisme perkongsian data seperti perkongsian rekod polisi seperti maklumat yang tepat dan terkini mengenai sejarah tuntutan pemegang polisi, tempoh menunggu yang dilalui dan manfaat yang dikumpulkan.
"Mekanisme perkongsian ini disokong oleh infrastruktur teknologi yang mencukupi seperti pangkalan data bagi membolehkan syarikat insurans dan pengendali takaful mengesahkan dan memindahkan maklumat pemegang polisi dengan selamat," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai keperluan pengguna kad perubatan dan perlindungan takaful menukar pengendali takaful mereka tanpa perlu kiraan semula tempoh menunggu.
Lim berkata produk MHIT adalah berbeza dengan nombor telefon bimbit, apabila produk MHIT melibatkan pengumpulan risiko jangka panjang dan keperluan tingkah laku pengguna yang terhad.
Tempoh menunggu dalam penukaran pengendali takaful atau insurans dibuat bertujuan mencegah penipuan atau penyalahgunaan iaitu bagi mengelak pemegang polisi yang baharu, di kenal pasti dengan keadaan perubatan tertentu mengambil kesempatan terhadap perlindungan insurans tanpa menyumbang kepada kumpulan risiko terlebih dahulu.
Ini akan memudaratkan kos tuntutan dan premium atau sumbangan, seterusnya menjejaskan tahap mampu milik bagi pemegang polisi yang lain dan kesinambungan produk MHIT, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#produk insurans
#MHIT
#Lim Hui Ying
#Dewan Rakyat
#secara mudah alih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan