awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Jeneral Soleimani nafi ditahan oleh AS, masih berada di Iran
Kemboja rasmikan tugu peringatan tikus pengesan periuk api terkenal
Lima terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas fasiliti petrokimia Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terus lindungi, iktiraf peranan wanita - Fadillah

Bernama
Bernama
08/03/2026
01:37 MYT
Kerajaan terus lindungi, iktiraf peranan wanita - Fadillah
Fadillah berkata Hari Wanita bukan sekadar sambutan, sebaliknya merupakan satu penghargaan terhadap pengorbanan besar golongan itu. - Foto Facebook/Fadillah Yusof
Kerajaan akan terus berusaha memberikan bantuan, perlindungan, sokongan dan mewujudkan ruang selamat kepada golongan wanita di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata wanita adalah tonggak utama negara sekalipun mereka hanya bekerja dan menyumbang di belakang tabir.
“Peranan dan pencapaian wanita wajar sentiasa diiktiraf dan dihargai, kerana inilah langkah pertama untuk kita meruntuhkan stereotaip terhadap kedudukan wanita dalam masyarakat.
“Sempena Hari Wanita ini, marilah kita bersama-sama terus menghargai dan memartabatkan peranan wanita sebagai rakan penting dalam membentuk masa depan negara. Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara. Selamat Hari Wanita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata di Malaysia, wanita terus memainkan peranan besar dalam keluarga, pendidikan, ekonomi dan juga kepimpinan masyarakat.
Fadillah berkata meskipun ramai wanita kini menjadi pendidik generasi dan pemangkin perubahan sosial, namun usaha untuk memperkukuh kesejahteraan, keselamatan serta peluang yang adil kepada golongan itu perlu terus dipergiat bagi mendepani cabaran semasa.
Beliau berkata Hari Wanita bukan sekadar sambutan, sebaliknya merupakan satu penghargaan terhadap pengorbanan besar golongan itu bukan sahaja dalam institusi keluarga, malah kepada masyarakat dan negara serta di peringkat antarabangsa.
“Dalam kita meraikan golongan wanita, kita juga wajar menyedari realiti yang masih dihadapi oleh ramai wanita di seluruh dunia. Jurang dalam aspek sosial, ekonomi dan politik masih wujud dan memerlukan perhatian bersama. Selain itu, isu keganasan dan konflik turut memberi kesan yang besar kepada wanita dan kanak-kanak,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hari wanita
#Fadillah Yusof
#tonggak utama negara
#lindungi hak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan