awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tunggu Singapura setuju tambah kapasiti VTL - Wee

Bernama
Bernama
22/01/2022
11:34 MYT
Kerajaan tunggu Singapura setuju tambah kapasiti VTL  - Wee
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan negara itu sama ada melalui MOT atau MITI amat memahami keperluan pengembara, lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan. - Gambar fail/BERNAMA
BATU PAHAT: Kerajaan sedia menerima penambahan kouta Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat sekiranya Singapura bersetuju meningkatkan bilangan kapasiti terbabit.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan negara itu sama ada melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) amat memahami keperluan pengembara, lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan.
Beliau bagaimanapun berkata buat masa ini Malaysia menerima keputusan yang telah ditetapkan Singapura termasuk pengurangan kuota sebanyak 50 peratus VTL berkenaan, yang diputuskan setelah melalui rundingan pihak berkuasa berkaitan terutamanya Kementerian Kesihatan kedua-dua negara.
"Segala keputusan berkenaan dengan VTL ini diserahkan kepada agensi kesihatan untuk menentukan sama ada kapasiti semasa perlu ditambah atau sebaliknya.
"Permintaan dan permohonan VTL beribu, tapi kita akan ikhtiarkan, namun sebagai kerajaan kita akan lihat keperluannya... bukan tak nak perjuangkan tapi jika ada keperluan kita tambah " katanya dalam sidang media selepas Perasmian Program Keselamatan Jalan Raya MIROS, di Dewan Muafakat Ayer Hitam, dekat sini, hari ini.
Hadir sama dalam program berkenaan ialah Ketua Pengarah MIROS Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim; Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim; dan Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) Haniff Ahmad
Wee turut mengingatkan semua pengembara supaya memohon permit sebelum dan selepas membeli tiket bagi dapat menggunakan inisiatif VTL ini.
Semalam, kedua-dua kerajaan membenarkan semula penjualan tiket VTL udara tetapi dengan kapasiti 50 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#VTL
#Perjalanan Lengkap Vaksin
#VTL udara dan darat
#Menteri Pengangkutan
#Malaysia
#Singapura
#Wee Ka Siong
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan