awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan umum bantuan tambahan kepada penduduk Labuan

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2021
11:02 MYT
Kerajaan umum bantuan tambahan kepada penduduk Labuan
Bantuan one-off RM300 juga diberikan kepada 500 penghantar makanan (food rider) dengan jumlah keseluruhan RM150,000. FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Empat kumpulan terjejas di Labuan akan menerima bantuan tambahan khusus ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di wilayah itu.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, mereka terdiri daripada pengusaha bas mini dan bas sekolah; pemandu teksi; para peniaga belia berdaftar serta penghantar makanan.
Annuar memberitahu, selain itu, kerajaan juga akan memberi bantuan bakul makanan kepada penduduk di lapan lokaliti yang dikenakan sekatan pergerakan bersasar serta penduduk yang terjejas akibat PKPD.
‘’Ia melibatkan bantuan one-off RM500 kepada 128 pengusaha bas mini dan bas sekolah yang berdaftar dengan jumlah keseluruhan RM64,000.
‘’Turut menerima bantuan ini adalah pengusaha teksi berdaftar dengan bantuan one-off RM500 bernilai RM45,000,’’ katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.
BACA: Pemberian vaksin di Labuan ditingkatkan kepada 3,000 dos sehari - Annuar Musa
Selain itu, 100 peniaga belia yang berdaftar juga diberi bantuan one-off RM300 dengan nilai keseluruhan bernilai RM50,000.
Manakala bantuan one-off RM300 juga diberikan kepada 500 penghantar makanan (food rider) dengan jumlah keseluruhan RM150,000.
Terdahulu bantuan bakul makanan turut diberikan kepada 150,000 penduduk di lapan lokaliti melibatkan penduduk terkesan, hilang pekerjaan dan terlibat dalam kuarantin keluarga.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Labuan
#bantuan tambahan
#PKP di Labuan
#Annuar Musa
#bantuan kerajaan PKP
#golongan terjejas di Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan