awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM - Akhbar Satar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/11/2024
11:35 MYT
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM - Akhbar Satar
Akhbar Satar berkata, pengecualian cukai dapat mengalakkan penyertaan lebih banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam mewujudkan budaya integriti di tempat kerja. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar mempertimbang pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Seri Akhbar Satar berkata, dengan itu ia dapat menggalakkan penyertaan lebih banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam mewujudkan budaya integriti di tempat kerja.
"Melihat peri penting pelaksanaan sistem pengurusan rasuah khususnya dalam menjamin kesiapsiagaan syarikat untuk berhadapan dengan peruntukan liabiliti korporat, saya melihat terdapat kepentingan untuk menjadikan penyertaan dalam Program CISM sebagai salah satu kriteria kelayakan untuk syarikat membida kontrak kerajaan pada nilai perolehan di bawah nilai RM10 juta.
"Sehubungan itu, inisiatif pengecualian cukai ini juga wajar dipanjangkan kepada syarikat-syarikat yang telah melengkapkan Program CISM.
"Inisiatif seperti ini secara tidak langsung dapat menggalakkan lebih banyak syarikat seperti PMKS supaya mengambil berat mengenai keperluan tatacara mencukupi," katanya ketika berucap di Konvensyen Nasional Sistem Integriti Korporat 2024 bertajuk Kelestarian Integriti Merealisasi Aspirasi Negara di sini, pada Khamis.
Kata Akhbar, ia adalah selari dengan laporan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang memaklumkan PMKS merupakan salah satu entiti perniagaan yang disasarkan bakal menyumbang 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun ini.
Tambah beliau, dengan memanjangkan insentif kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program CISM khususnya dalam kalangan PMKS dapat membantu kerajaan merealisasikan strategi ketiga iaitu Suara Rakyat Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) agar program CISM dapat dimanfaatkan untuk menggalakkan tatakelola yang baik, integriti dan antirasuah dalam sektor swasta.
Topic Berkaitan
#Akhbar Satar
#integriti
#Rasuah
#PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan