awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
Delegasi Hamas bincang situasi Gaza, Baitulmaqdis dengan Presiden Turkiye Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerap ditegur main permainan video punca remaja cuba terjun jejambat

Bernama
Bernama
16/03/2021
21:04 MYT
Kerap ditegur main permainan video punca remaja cuba terjun jejambat
Zaiham berkata remaja berusia 16 tahun yang sedang menjalani rawatan bagi kemurungan itu difahamkan tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya. -Gambar fail
KUANTAN: Sering ditegur kerana kerap bermain permainan video di telefon bimbit dikatakan menjadi punca seorang remaja perempuan cuba terjun dari jejambat di kilometer (KM) 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi, Bentong, kira-kira 215km, dari sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata remaja berusia 16 tahun yang sedang menjalani rawatan bagi kemurungan itu juga difahamkan tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya merampas telefon bimbit miliknya.
Polis, menurut Zaiham, menerima panggilan daripada orang awam yang melihat remaja itu meniti jejambat tersebut sekitar jam 2.15 petang dan pasukan polis yang dikejarkan ke situ melihat dia berada dalam keadaan tidak stabil.
"Polis cuba memujuk remaja itu untuk turun namun tidak dihiraukan, dan sebaik sahaja berpeluang, Ketua Balai Balai Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar menarik remaja tersebut dari belakang sebelum anggota lain membantu memegang mangsa bagi menyelamatkannya," katanya menerusi kenyataan di sini.
Zaiham berkata mangsa dibawa ke Hospital Bentong bagi rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja
#terjun jambatan
#Kemurungan
#rampas telefon bimbit
#main permainan video
#Hospital Bentong
#Maznan Omar
#Zaiham Mohd Kahar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan