awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta api tergelincir akibat runtuhan salji di Switzerland, 80 penumpang nyaris maut

Astro AWANI
Astro AWANI
16/02/2026
09:14 MYT
Kereta api tergelincir akibat runtuhan salji di Switzerland, 80 penumpang nyaris maut
Kejadian berlaku di kawasan yang sama di mana satu lagi runtuhan salji dilaporkan beberapa hari lalu sehingga menutup akses ke Lembah Lötschental.
Sebuah kereta api penumpang membawa kira-kira 80 orang tergelincir berhampiran Goppenstein di kanton Valais awal pagi Isnin, selepas landasan kereta api itu dilanda runtuhan salji.
Jurucakap pengendali rel BLS berkata pemindahan penumpang dilakukan secara berperingkat selepas insiden menyebabkan salah satu gerabak terkeluar dari landasan dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan.
"Operasi menyelamat sedang giat dijalankan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
"Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan terdapat kecederaan dalam kalangan penumpang, namun jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan," menurut kenyataan polis kanton Valais kepada media tempatan.
Kereta api berkenaan, yang dikenal pasti sebagai perkhidmatan wilayah RE1, dilaporkan berlepas dari Brig pada jam 6.12 pagi sebelum terlibat dalam nahas tersebut.
Susulan kejadian, Syarikat Kereta Api Persekutuan Switzerland (SBB) mengesahkan laluan antara Goppenstein dan Brig digantung serta-merta, dengan gangguan dijangka berlanjutan sehingga jam 4 petang Isnin.
Kejadian berlaku di kawasan yang sama di mana satu lagi runtuhan salji dilaporkan beberapa hari lalu sehingga menutup akses ke Lembah Lötschental.
Fokus utama pasukan kecemasan kini adalah untuk memastikan keselamatan kesemua penumpang di lokasi serta melakukan penilaian kerosakan struktur pada laluan rel yang terjejas.
Topic Berkaitan
#Runtuhan salji
#Goppenstein
#Valais
#BLS
#SBB
#kereta api tergelincir
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan