awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta jatuh gaung, anggota polis berpangkat Sarjan maut

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/01/2023
10:03 MYT
Kereta jatuh gaung, anggota polis berpangkat Sarjan maut
Keadaan kereta Sarjan Yahya Ahmad yang terjatuh ke dalam gaung di Jalan Kampung Sungai Senam, di Sik pagi ini. - Foto PDRM
SIK: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan maut apabila kereta dipandunya terjatuh ke dalam gaung di Jalan Kampung Sungai Senam, di sini hari ini.
Mangsa, Sarjan Yahya Ahmad, 39, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, dalam kejadian jam 7 pagi itu mangsa dari rumahnya di Pokok Sena dalam perjalanan ke tempat kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Sik.
“Mangsa memandu kereta jenis Proton Iswara dipercayai hilang kawalan terbabas di sebelah kanan jalan lalu jatuh ke dalam gaung.
“Kemalangan itu disedari orang awam yang melalui jalan itu pada jam 11 pagi selepas melihat kesan tayar melungsur ke dalam gaung,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Abdull Razak berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami pendarahan di kepala lalu meninggal di tempat kejadian.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Sarjan polis maut
#kereta jatuh gaung
#sik
#kecederaan parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan