awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja alih, sambung paip baharu siap sepenuhnya - Air Selangor

Sinar Harian
Sinar Harian
30/03/2021
21:22 MYT
Kerja alih, sambung paip baharu siap sepenuhnya - Air Selangor
Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam siap dilaksanakan. -Sinar Harian
SHAH ALAM: Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam siap dilaksanakan pada jam 11.30 malam Selasa.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan di Facebook pada Selasa berkata, berlaku kelewatan selama dua jam setengah berbanding tempoh yang dijadualkan pada jam 9 malam Selasa.
Menurut kenyataan itu, kelewatan itu tidak dapat dielakkan disebabkan proses pengeringan air di dalam paip sedia ada mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan.
"Proses ini penting bagi memastikan keselamatan petugas-petugas dan kontraktor Air Selangor terjamin semasa kerja-kerja kimpalan paip baharu dilakukan," kata kenyataan terbabit.
Kenyataan itu memberitahu, bekalan air juga telah mula disalurkan kepada pengguna bermula jam 11:35 malam Selasa dengan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat.
"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada permintaan bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan," katanya.
Justeru, katanya, Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua saluran komunikasi rasmi.
Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip berkenaan telah dimulakan pada pagi Selasa.
Ketua Komunikasi Korporat, Air Selangor, Elena Basri berkata, kerja-kerja itu mengikut jadual seperti yang diumumkan pada 24 Mac lalu.
Berita asal: Kerja alih, sambung paip baharu siap sepenuhnya
Topic Berkaitan
#bekalan air
#penyambungan paip baharu
#Persiaran Selangor
#Air Selangor
#kimpalan paip
#pemulihan bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan