awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS

Bernama
Bernama
27/12/2024
07:15 MYT
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
LUAS berkata, tiada gangguan kepada Sungai Gombak sepanjang kerja pembersihan dijalankan. - Gambar/ LUAS
SHAH ALAM: Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori tangki membawa muatan minyak kelapa sawit di Kilometer (KM) 27.9 Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi kenyataan di Facebook, memaklumkan baki kerja hari ini diteruskan dengan pengalihan keluar sisa bungkusan minyak yang telah dikumpulkan oleh pemilik kenderaan terbabit.
"Tiada gangguan kepada keadaan Sungai Gombak sepanjang kerja pembersihan dijalankan hasil daripada pemantauan rapi oleh LUAS bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
"Pemerhatian juga mendapati keadaan semasa di tapak tumpahan adalah terkawal," menurut kenyataan itu.
Insiden yang berlaku sekitar 12.30 tengah malam kelmarin itu menyaksikan 20 tan minyak kelapa sawit tertumpah, mengalir ke dalam longkang berhampiran sebelum bertakung di kebuk takungan lebuh raya dan mengalir ke anak Sungai Gombak.
Kejadian itu telah menjejaskan bekalan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Gombak dari pukul 2 pagi hingga 6 petang pada hari kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LUAS
#tumpahan minyak sawit
#sungai gombak
#kemalangan lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan