awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama antara koperasi cipta peluang pendapatan kepada usahawan kecil - Ewon

Bernama
Bernama
02/04/2024
01:50 MYT
Kerjasama antara koperasi cipta peluang pendapatan kepada usahawan kecil - Ewon
Semasa melawat Bazar Riang Raya di KLCC pada Ahad, Ewon menyatakan sokongan penuh kepada inisiatif KOPROJAYA dan KOPGET yang menganjurkan bazar tersebut. - Facebook KUSKOP
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menggalakkan kerjasama sesama koperasi di negara ini bagi membangunkan lebih banyak peluang pendapatan kepada usahawan kecil termasuk melalui penganjuran bazar dan tamu desa.
Menteri berkenaan Datuk Ewon Benedick berkata ia juga selaras dengan usaha kementerian itu membangunkan jaringan komunikasi antara pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
"Komuniti PMKS ialah tonggak kepada ekonomi negara, menyumbang kira-kira 38 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sekitar 48 peratus sektor tenaga kerja negara," katanya selepas melawat Bazar Riang Raya di KLCC di sini pada Ahad. Kenyataannya mengenai lawatan itu disiarkan semalam.
Semasa lawatan itu, Ewon berkata beliau menyokong penuh inisiatif Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) dan Koperasi Lembaga Getah Malaysia (KOPGET) menganjurkan bazar berkenaan yang menyediakan platform kepada usahawan dan peniaga kecil menambah pendapatan.
"Saya berharap kerjasama dua koperasi ini menjadi contoh kepada lebih 16,000 koperasi yang ada di Malaysia," katanya.
Bazar itu menghimpunkan kira-kira 30 usahawan termasuk daripada koperasi dan pengusaha trak makanan.
Mengenai kejadian ribut yang melanda Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) minggu lepas yang menjejaskan peniaga bazar, Ewon berkata beliau telah meminta SKM untuk membantu koperasi yang terkesan di bawah program bantuan akibat bencana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ewon Benedick
#PMKS
#peluang pendapatan
#koperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan