awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Malaysia, Brunei saling menguntungkan kedua-dua negara - Hajiji

Bernama
Bernama
26/08/2024
11:00 MYT
Kerjasama Malaysia, Brunei saling menguntungkan kedua-dua negara - Hajiji
Hajiji (foto) berkata rundingan itu juga membolehkan kedua-dua negara meneruskan dan mengukuhkan kerjasama meluas, juga memberi manfaat besar untuk hubungan antara Sabah dan Brunei. -Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Kerjasama Malaysia dan Brunei yang berjaya ditingkatkan menerusi Rundingan Kerjasama Pemimpin Tahunan Ke-25 dilihat saling menguntungkan buat kedua-dua negara, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji berkata rundingan itu juga membolehkan kedua-dua negara meneruskan dan mengukuhkan kerjasama meluas, juga memberi manfaat besar untuk hubungan antara Sabah dan Brunei.
"Ini menjadi petanda baik untuk penyatuan kerjasama yang saling menguntungkan dan menang-menang antara Malaysia dan Brunei.
"Selain meneroka peluang baharu untuk manfaat bersama, kemajuan kerjasama dua hala sedia ada turut dibincangkan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Hajiji mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir ke rundingan itu yang berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.
Terdahulu Perdana Menteri menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan mengadakan pertemuan empat mata di istana tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#kerjasama Malaysia-Brunei
#Rundingan Kerjasama Pemimpin
#Ketua Menteri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan