awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Proton-Geely: Tun Mahathir yakin Proton bakal bertaraf dunia

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/08/2018
10:17 MYT
Kerjasama Proton-Geely: Tun Mahathir yakin Proton bakal bertaraf dunia
Dr Mahathir berkesempatan mencuba tiga jenis kereta yang dikeluarkan Geely selain melawat galeri teknologi Geely di sini. - Jabatan Penerangan
Walaupun Proton Holdings Berhad (Proton) lebih awal berkecimpung dalam industri automotif, namun Proton dilihat ketinggalan berbanding Zheijiang Geely Holding Group (Geely).
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kerjasama antara Proton dan Geely bakal memacu syarikat automotif pertama negara itu sebagai pengeluar kenderaan bertaraf dunia.
Ia termasuk usaha untuk menghasilkan kereta elektrik pertama.
“Melihat apa yang Geely telah lakukan, saya rasa mereka mempunyai kapasiti untuk mencipta kereta elektrik pertama bersama Proton.
“Saya percaya, kualitinya akan memenuhi kehendak pasaran ASEAN termasuk pasaran-pasaran lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Geely di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Proton dan Geely bagi mewujudkan sebuah syarikat yang akan melakukan pemasangan dan pemasaran Proton di China.
Sementara itu, mengulas berkenaan usaha membawa Proton memasuki pasaran antarabangsa, Dr Mahathir berkata Proton perlu mematuhi piawai EURO 5 yang ditetapkan Kesatuan Eropah.
“Industri automotif sentiasa menambah baik dari segi teknologi dan kualiti. Jadi Proton juga menambah baik reka bentuk dan kualiti kereta.
“Kereta sedia ada boleh dipasarkan di banyak negara namun ia tidak memenuhi piawai EURO 5 yang menjadi penghalang kepada kita memasuki pasaran negara barat.
“Namun, jika kita mereka enjin baharu dan menambahbaik kualiti kereta, ia membolehkan kita menjual dan bersaing dengan jenama lain. Malah, kerjasama dengan Geely akan memacu proses penambaikan Proton,” jelasnya.
Pada majlis itu, Dr Mahathir turut mencuba tiga jenis kereta yang dikeluarkan Geely selain melawat galeri teknologi Geely di sini.
Topic Berkaitan
#automotif
#bisnes
#Geely
#Mahathir Mohamad
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan