awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas cadangan sistem rasionalisasi subsidi sedang dikaji - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
28/10/2014
14:43 MYT
Kertas cadangan sistem rasionalisasi subsidi sedang dikaji - Ahmad Maslan
Kerajaan sedang teliti kertas cadangan syarikat yang mempunyai kepakaran untuk membangunkan sistem rasionalisasi subsidi petrol RON95 dan diesel
Kertas cadangan oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kepakaran untuk membangunkan sistem rasionalisasi subsidi petrol RON95 dan diesel yang akan dilaksanakan mulai tahun depan, sedang diteliti kerajaan.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Ahmad Maslan berkata, melalui tender terbuka ‘Permintaan untuk Cadangan’ yang diurus Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), tiga kriteria utama akan diambil kira bagi memastikan sistem yang bakal digunapakai itu tidak membebankan.
“Pertama, ia mestilah praktikal, mudah, berkesan dan tidak ada ketirisan. Kedua, kos untuk melaksanakan sistem tersebut mestilah tidak terlalu tinggi dan ketiga berapakah penjimatan subsidi kerajaan dengan sistem yang dicadangkan,” katanya kepada media.
Tambahnya, sistem yang dicadangkan juga perlu berlandaskan kepentingan rakyat yang berhak, bukan seperti sekarang di mana 70 peratus peruntukan subsidi, dinikmati golongan berpendapatan sederhana tinggi dan tinggi.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agrobank dan Persatuan Orang Kota Bharu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor (POKB).
Agrobank diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman manakala POKB diwakili Presidennya, Datuk Sheikh Mohd Dusuki Sheikh Mohamad.
Melalui MoU itu seramai 2,500 ahli POKB yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mendapat manfaat daripada Skim Perlindungan Takaful Kasih Pelan 1 secara berkelompok dengan bayaran premium tahunan serendah RM10 dan jumlah perlindungan insurans sebanyak RM10,000 jika berlaku kematian dan hilang keupayaan kekal akibat kemalangan.
Sehingga September lalu, Agrobank mencatatkan keuntungan RM1.86 juta daripada Skim Takaful Kasih yang menawarkan Skim Takaful Kasih Pelan 1, 2 dan 3 dengan sumbangan tahunan masing-masing RM10, RM20 dan RM50.
Ia berikutan tawaran skim perlindungan yang rendah, kompetitif dan mampu disertai oleh pelbagai pihak.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#subsidi petrol RON95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan