awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan kes pelajar gantung diri diserahkan kepada pendakwa raya - Polis

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2018
09:44 MYT
Kertas siasatan kes pelajar gantung diri diserahkan kepada pendakwa raya - Polis
Mendiang dikatakan berbuat demikian selepas dituduh mencuri telefon pintar milik seorang guru wanita di sekolahnya. - Foto Astro AWANI
Kertas siasatan kes pelajar tingkatan dua yang meninggal dunia selepas cuba membunuh diri akibat dituduh mencuri telefon bimbit guru telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafee Abd Samad dalam kenyataannya berkata pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut selepas menerima laporan awal daripada pihak hospital.
Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
BACA: Pelajar kecewa dituduh curi telefon bimbit hingga gantung diri meninggal dunia
Remaja 14 tahun itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya (HSJ) awal pagi tadi selepas dirawat sejak 24 Januari lalu.
Sebelum ini pelajar terbabit dimasukkan ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke HSJ.
Dalam kejadian 22 Januari lalu, remaja perempuan itu dikatakan cuba membunuh diri dengan menggantung dirinya di dalam biliknya akibat tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru di sekolah.
Kejadian itu, bagaimanapun disedarinya bapanya yang kemudian bertindak pantas menyelamatkan anaknya itu sebelum menghantar remaja itu ke Hospital.
Remaja itu juga didakwa meninggalkan sekeping nota untuk kedua ibu bapanya mengaku bahawa dia tidak mencuri telefon bimbit tersebut.
Berikutan kejadian itu, Persatuan Tamilar Kural Malaysia dan keluarga pelajar terbabit kemudian membuat laporan polis pada Jumaat lalu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Hasil bedah siasat yang dijalankan hospital mengesahkan kematian Vasanthapiriya adalah disebabkan gantung (gantung diri).
Topic Berkaitan
#curi telefon
#Hospital
#M Vasanthapiriya
#meninggal dunia
#pelajar
#pendidikan
#polis
#Seberang Perai
#Shafee Abdul Samad
#telefon pintar
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan