awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Ahmad Zahid: Gerakan tuntut penjelasan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/09/2023
03:58 MYT
Kes Ahmad Zahid: Gerakan tuntut penjelasan
Dominic berkata, Gerakan mengecam keputusan tersebut sekiranya terdapat campur tangan Kerajaan Campuran dalam proses kehakiman dan melepaskan Ahmad Zahid daripada pertuduhan rasuah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menuntut agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan sebab penarikan 47 pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Presidennya, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, Gerakan mengecam keputusan tersebut sekiranya terdapat campur tangan Kerajaan Campuran dalam proses kehakiman dan melepaskan Ahmad Zahid daripada pertuduhan rasuah.
Beliau berkata, sebelum Pilihan Raya Umum tahun lalu dan selepas Anwar menjadi Perdana Menteri beliau berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Harapan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan perasuah.
Menurutnya, malah baru-baru ini Perdana Menteri turut menyatakan mengenai antirasuah semasa perhimpunan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, namun pada Isnin pihak pendakwa memohon kepada mahkamah untuk melepaskan Ahmad Zahid.
“Keputusan pihak pendakwaan dan kerajaan bukan sahaja mengkhianati kepercayaan rakyat, tetapi juga merupakan tingkah laku 'anti-demokratik' yang diterajui kerajaan dalam menyalahgunakan kuasa dan prosedur, ia telah merosakkan kredibiliti dan imej sistem kehakiman.
“Jika Anwar memutuskan untuk ‘melepaskan’ Zahid hari ini, adakah rakyat Malaysia akan mempercayai sistem kehakiman negara kita lagi?
"Adakah ini ungkapan terang-terangan kepada rakyat bahawa ‘undang-undang adalah permainan yang dimainkan oleh orang kaya dan berkuasa," soalnya lagi dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, Gerakan bersama Perikatan Nasional akan terus memantau perkembangan kes Ahmad Zahid dan pada masa yang sama berusaha untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan keadilan di Malaysia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#keputusan mahkamah
#kes rasuah
#GERAKAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan