awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes buli UPNM: Polis tunggu laporan perubatan, ambil keterangan 16 individu

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2024
04:28 MYT
Kes buli UPNM: Polis tunggu laporan perubatan, ambil keterangan 16 individu
Rusdi berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan mangsa dan saksi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan perubatan pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa dibuli dengan dada ditekap seterika oleh penuntut senior.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan mangsa dan saksi.
"Setakat ini, seramai 16 orang sudah dirakam percakapan. Polis juga masih menunggu laporan perubatan (mangsa)," katanya hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan mangsa diminta menggosok baju seniornya sebelum ditekap seterika dalam kejadian 11.45 malam 22 Okt lalu di bilik asrama UPNM.
Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan mangsa berusia 20 tahun pada 8.23 malam Jumaat lalu.
Semalam, Rusdi memberitahu, polis merakam percakapan senior terbabit di IPD Cheras pagi semalam dan saksi yang juga rakan sebilik suspek dipanggil pada sebelah petang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, berdasarkan laporan diterima, kejadian dikatakan berlaku 11.45 malam 22 Oktober lalu di bilik asrama UPNM manakala siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#buli
#Razarudin Husain
#UPNM
#Datuk Rusdi Mohd Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan