awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
Konflik Asia Barat: Orang ramai hadir upacara peringatan Khamenei di Tehran
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Buntong: Tujuh suspek ditahan setakat ini - Polis

Astro Arena
Astro Arena
09/04/2026
05:37 MYT
Kes bunuh Buntong: Tujuh suspek ditahan setakat ini - Polis
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin bercakap kepada wartawan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini. - Foto Bernama
Polis menahan tiga lagi individu bagi membantu siasatan insiden bunuh seorang lelaki berusia 25 tahun dalam kes pergaduhan di Buntong pada Isnin lepas, menjadikan kesemua suspek ditahan setakat ini tujuh orang.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata tangkapan terbaharu dilakukan di kawasan Mengelembu pagi tadi.
Terdahulu, empat suspek berusia antara awal 20-an hingga 30 tahun termasuk suspek utama ditahan di sekitar Ipoh dan Sungai Siput.
"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan dipercayai melibatkan isu peribadi. Siasatan menunjukkan ia lebih kepada masalah peribadi antara dua kumpulan dan bukan melibatkan unsur jenayah terancang yang serius,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai lelaki ditemukan maut dalam satu pergaduhan kira-kira 11.10 malam, Isnin lepas.
Mangsa ditemukan maut dalam keadaan terbaring di tengah jalan dengan kesan kecederaan parah dipercayai akibat ditetak manakala dua rakan mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut masih menerima rawatan, masing-masing di hospital kerajaan dan swasta.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, selain Seksyen 326 dan 148 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan parah serta merusuh.
Sementara itu, Noor Hisam berkata situasi keselamatan di Buntong dan seluruh negeri ini adalah terkawal dan berada dalam keadaan selamat.
Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta kemungkinan penglibatan individu lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#bunuh
#pergaduhan
#Perselisihan Faham
#Buntong
#Noor Hisam Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan