awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Desa Coalfields: Polis tunggu keputusan DNA

Israr Khalid
Israr Khalid
15/02/2019
08:54 MYT
Kes bunuh Desa Coalfields: Polis tunggu keputusan DNA
Datuk Noor Azam Jamaluddin berharap ia dapat diperoleh dengan segera bagi membolehkan siasatan dilanjutkan. - Gambar fail
Polis sedang menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat yang ditemui di tepi sungai di Desa Coalfields, Sungai Buloh pada 26 Januari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berharap ia dapat diperoleh dengan segera bagi membolehkan siasatan dilanjutkan.
Katanya lagi, terdapat seorang warga Indonesia tampil mendakwa ada pertalian darah dengan salah seorang daripada mangsa dan polis telah mengambil sampel darah daripada individu tersebut.
“Jadi pihak kami akan buat ujian untuk menentukan sama ada padan atau tidak, sama ada dua orang yang mati ini ada kaitan dengan individu itu.
“Cap jari kedua-dua mayat tersebut juga telah diambil tapi kami boleh sahkan bahawa mereka bukan warganegara Malaysia,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penganugarahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 14 Sempena Tahun Baru Cina 2019 di sini pada Jumaat.
Katanya, dua suspek warga Bangladesh 35 hingga 40 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan direman sehingga 25 Februari depan bagi membantu siasatan.
Mayat dua individu ditemui dalam keadaan dikerat berhampiran sungai di kawasan kelapa sawit bersama satu plastik berisi kepala, tangan dan kaki oleh orang awam.
Pemeriksaan awal polis mendapati ia merupakan mayat seorang lelaki dan seorang wanita dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu pada Khamis, media tempatan melaporkan yang Ketua Biro Penerangan Masyarakat Polis Republik Indonesia (POLRI), Brigidier Jeneral Dedi Prasetyo mengesahkan bahawa satu daripada mayat itu didapati seorang ahli perniagaan tekstil warga Indonesia bernama Nuryanto.
Topic Berkaitan
#Datuk Noor Azam Jamaluddin
#Desa Coalfields
#kes bunuh
#polis
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#ujian sampel DNA
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan