awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh peniaga buah, polis tahan 13 warga asing

Bernama
Bernama
28/09/2023
21:15 MYT
Kes bunuh peniaga buah, polis tahan 13 warga asing
Hanya dalam tempoh 48 jam, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang penjual buah warga tempatan dengan penahanan 13 lelaki warga asing. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh 48 jam, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang penjual buah warga tempatan di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman OUG, di sini, Selasa lepas, dengan penahanan 13 lelaki warga asing pada Rabu dan Khamis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Syukor berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun itu ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dalam beberapa serbuan.
"Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap suspek utama kes pada pukul 11 pagi tadi serta membuat rampasan barang kes. Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh 48 jam," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Khamis.
Amihizam berkata, kesemua suspek ditahan reman hingga 4 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada masa sama, beliau berharap agar orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan dan meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk menyalurkannya ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222.
Dalam kejadian pada 7.40 malam Selasa lepas, polis menerima maklumat tentang kes bunuh melibatkan seorang peniaga buah warga tempatan berusia 80 tahun di Taman OUG dan berikutan itu, empat lelaki telah ditahan pada 2.30 pagi di lokasi kejadian.
Mangsa maut akibat ditikam pada beberapa bahagian badan dan muka.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#peniaga buah
#13 warga asing ditahan
#Taman OUG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan