awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh wanita: Tarikh baharu sebutan ditetapkan 19 April

Bernama
Bernama
08/04/2024
10:15 MYT
Kes bunuh wanita: Tarikh baharu sebutan ditetapkan 19 April
Nathan menghadapi pertuduhan membunuh Mawika Lumyai, 32, di sebuah kondominium di Jalan Setia Dagang AH U13/AH Setia Alam di sini pada 10.02 malam 28 Feb lepas. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini menetapkan 19 April ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang pemandu lori yang didakwa membunuh teman wanitanya dengan menolak wanita dari Thailand itu daripada tingkat 23 kondominium di Setia Alam, Februari lepas.
Peguam Sivahnanthan Ragava yang mewakili V. Nathan, 37, ketika dihubungi berkata kes itu akan disebut di hadapan Majistret Magistrate Mohamad Redza Azhar Rezali pukul 9 pagi pada tarikh berkenaan.
Sebelum ini mahkamah memutuskan 7 Jun sebagai tarikh sebutan kes, namun tarikh baharu kini ditetapkan selepas timbul perkembangan baharu dalam kes berkenaan.
Nathan menghadapi pertuduhan membunuh Mawika Lumyai, 32, di sebuah kondominium di Jalan Setia Dagang AH U13/AH Setia Alam di sini pada 10.02 malam 28 Feb lepas.
Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu boleh membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dengan 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati jika disabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu lori didakwa membunuh
#bunuh teman wanita
#tolak dari kondominium
#sebutan kes
#V Nathan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan