awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes cubaan culik di Gerik tidak berlaku, 'mangsa' hanya bermimpi - Exco

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/10/2024
07:50 MYT
Kes cubaan culik di Gerik tidak berlaku, 'mangsa' hanya bermimpi - Exco
Remaja itu telah tampil kepada polis untuk membuat laporan smeula bagi memperbetulkan ceritanya. - Gambar hiasan
PARIT BUNTAR: Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya dia nyaris ‘diculik' di Kampung Padang, Gerik pada Selasa, hanya sekadar mimpi.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, remaja itu telah membuat laporan semula kepada polis untuk memperbetulkan ceritanya.
"Insiden itu sama sekali tidak berlaku dan yang betulnya ialah dia hanya bermimpi dan mimpinya itu diceritakan kepada dua rakan sebayanya yang mana belum habis dia bercerita, rakannya telah memaklumkan kepada guru mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Daerah Kerian Tahun 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang Parit Buntar, di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas selepas hampir menjadi mangsa 'culik' dalam kejadian di Kampung Padang, selepas sebuah van berwarna putih mengunakan nombor pendaftaran negara jiran telah menghimpitnya.
Timbalan Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat berkata, kejadian dikatakan berlaku sewaktu mangsa sedang berjalan kaki dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di kampung berkenaan pada 3.20 petang.
Topic Berkaitan
#kes culik
#Gerik
#laporan palsu
#Mimpi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan