awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes dadah paling tinggi direkodkan di Kelantan tahun lepas - Tengku Maimun

Bernama
Bernama
14/03/2023
06:54 MYT
Kes dadah paling tinggi direkodkan di Kelantan tahun lepas - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata kes melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang didaftarkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada tahun lepas amat membimbangkan dengan 59 kes. - Fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kes jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah mencatatkan jumlah tertinggi didaftarkan di Kelantan iaitu sebanyak 3,683 kes, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Beliau berkata daripada jumlah itu, pendaftaran kes di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah sebanyak 72 kes, manakala di Mahkamah Sesyen sebanyak 254 kes dan Mahkamah Majistret pula sebanyak 3,357 kes.
"Bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas, jumlah keseluruhan pendaftaran kes sivil dan kes jenayah di semua peringkat mahkamah di Kompleks Mahkamah Kota Bharu adalah sebanyak 13,579.
"Daripada jumlah tersebut, 6,412 adalah kes jenayah dan kes jenayah terbanyak yang didaftarkan melibatkan kesalahan berkaitan dadah," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini hari ini.
Terdahulu, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra berkenan berangkat merasmikan kompleks berkenaan. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.
Tengku Maimun berkata kes melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang didaftarkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada tahun lepas amat membimbangkan dengan 59 kes berbanding kes berhubung jenayah seksual dewasa sebanyak 18 kes sahaja.
"Dalam hal ini semua pihak hendaklah sentiasa cakna dalam memastikan hak dan kebajikan kanak-kanak yang merupakan golongan rentan sentiasa diberikan keutamaan dan mangsa kanak-kanak diberikan perlindungan yang sewajarnya.
"Di pihak Mahkamah, kes jenayah seksual kanak-kanak sentiasa diberikan keutamaan menerusi pengendalian prosiding dalam mahkamah khas jenayah seksual kanak-kanak," kata beliau.
Beliau menyeru semua pihak bersatu hati dan memainkan peranan masing-masing demi membanteras isu ini kerana kesannya yang amat dahsyat sehingga boleh memusnahkan masa depan terutamanya generasi muda, bahkan boleh melumpuhkan pembangunan fizikal dan rohani rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah dadah
#tertinggi di Kelantan
#Ketua Hakim Negara
#Tengku Maimun Tuan Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan