awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi menurun pada ME18, tiada kematian - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
14/05/2024
12:00 MYT
Kes demam denggi menurun pada ME18, tiada kematian - KP Kesihatan
Sebanyak 1,995 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME18) bagi tempoh 28 April hingga 4 Mei lepas berbanding 2,237 kes pada minggu sebelumnya. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Sebanyak 1,995 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME18) bagi tempoh 28 April hingga 4 Mei lepas berbanding 2,237 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan dalam tempoh berkenaan.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME18 ialah 54,882 kes berbanding 38,933 kes bagi tempoh sama pada 2023.
"Manakala terdapat 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 24 kematian bagi tempoh sama tahun lepas," katanya dalam kenyataaan hari ini.
Menurutnya bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME18 ialah 70 lokaliti berbanding 63 pada minggu sebelumnya.
Dr Muhammad Radzi berkata ia melibatkan 55 lokaliti di Selangor, enam lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Perak (tiga), masing-masing dua di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan serta masing-masing satu di Kedah dan Sarawak.
Sementara itu katanya, bagi survelan chikungunya, tiada kes direkodkan pada ME18 dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 23 kes dengan tiada wabak berkenaan dilaporkan.
Bagi survelan zika pula, beliau berkata 900 sampel darah dan enam sampel urin telah dijalankan dengan hasil kesemuanya adalah negatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes demam denggi
#ME18
#menurun
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan