awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes edar kanabis, miliki pistol tiruan Yusoff Rawther dibicarakan bersama

Bernama
Bernama
06/02/2025
05:32 MYT
Kes edar kanabis, miliki pistol tiruan Yusoff Rawther dibicarakan bersama
Muhammed Yusoff didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 6 Sept 2024.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan dihadapi bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther untuk dibicarakan bersama.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pendakwaan untuk menggabungkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan terhadap Muhammed Yusoff Rawther untuk dibicarakan bersama.
  • Perbicaraan ditetapkan selama lima hari dari 7 hingga 11 April, dengan pengurusan kes pada 11 Mac.
  • Muhammed Yusoff didakwa mengedar 305 gram kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan pada 6 September 2024, dengan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan untuk kes dadah, serta hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda untuk kes senjata.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua kes itu melibatkan saksi sama.
"Permohonan untuk kedua-dua kes dibicarakan bersama dibenarkan dan perbicaraan ditetapkan selama lima hari pada 7 hingga 11 April ini," kata hakim itu yang turut menetapkan 11 Mac depan untuk pengurusan kes.
Pada prosiding hari ini, Muhammed Yusoff, 32, diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.
Pada 12 Sept tahun lepas, Muhammed Yusoff didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 Sept 2024.
Pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan.
Pada 9 Okt tahun lepas, Muhammed Yusoff sekali lagi didakwa atas pertuduhan pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada 9.25 pagi, 6 Sept 2024.
Dia didakwa mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yusoff Rawther
#pertuduhan edar dadah
#miliki pistol tiruan
#dibicarakan bersama
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan