awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes rasuah RM1 juta bina gelanggang skuasy, CEO badan berkanun direman 5 hari
IEA jangka pengeluaran minyak global 2026 merudum 1.54 juta tong sehari - Laporan
14 menara komunikasi pulih sepenuhnya selepas insiden vandalisme di Kuala Pilah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kematian bayi, Taska Hospital Seberang Jaya diarah tutup sementara

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/03/2026
07:53 MYT
Kes kematian bayi, Taska Hospital Seberang Jaya diarah tutup sementara
Mangsa, Hayl Haarith Mohd Syafaeez, yang baharu kira-kira sebulan dihantar ke Taska berkenaan dipercayai meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan pengasuh di premis itu. - Gambar hiasan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengeluarkan Perintah Penutupan Sementara terhadap Taska Pintar Hospital Seberang Jaya berkuat kuasa serta-merta susulan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang ditempatkan di pusat jagaan kanak-kanak itu, pada Isnin lalu.

Menurut kenyataan JKM, mangsa, Hayl Haarith Mohd Syafaeez, yang baharu kira-kira sebulan dihantar ke Taska berkenaan dipercayai meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan pengasuh di premis itu.

JKM memaklumkan sejurus laporan kejadian diterima, pegawainya turun ke premis Taska berkenaan bagi menjalankan siasatan awal di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang melibatkan aspek perlindungan dan kebajikan kanak-kanak.

"Pada masa sama, pemeriksaan turut dijalankan bagi menilai tahap pematuhan premis itu terhadap Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) serta peraturan pengoperasian berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

JKM turut memaklumkan kes berkenaan kini dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Menurutnya, setiap Taska yang berdaftar di bawah Akta 308 perlu mematuhi semua peraturan ditetapkan termasuk berkaitan kelayakan pengasuh serta prosedur keselamatan kanak-kanak.

Sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang atau syarat pendaftaran, tindakan tegas termasuk penggantungan operasi atau pembatalan pendaftaran Taska boleh diambil.

Selain itu, JKM turut memberikan bantuan sokongan psikososial awal kepada ibu mangsa serta ahli keluarga yang terlibat.

Media sebelum ini melaporkan bayi berkenaan dikejarkan ke Jabatan Kecemasan hospital itu dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 4 pagi selepas dihantar ke pusat berkenaan pada malam sebelumnya.

Difahamkan ibu mangsa merupakan seorang jururawat yang sedang bekerja syif malam pada hari kejadian.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat berkenaan didakwa menunjukkan berlaku unsur penderaan dan buli terhadap bayi terbabit.

Susulan itu, polis menahan dua wanita yang merupakan pekerja Taska hospital berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan