awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kuil Rawang bukan isu 3R, mahkamah sahkan pencerobohan tanah - Peguam

Pia Ernadya
Pia Ernadya
31/03/2026
07:34 MYT
Kes kuil Rawang bukan isu 3R, mahkamah sahkan pencerobohan tanah - Peguam
Muhammad Hariz memaklumkan anak guamnya merancang untuk meneruskan pembangunan projek rumah asnaf di tapak berkenaan.-Gambar Bernama
Isu perobohan struktur Kuil Sri Uchimalai Muniswaran di Taman Rawang Perdana tidak melibatkan elemen 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja.
Menurut peguam yang mewakili Yayasan Kubra, Muhammad Hariz Md Yusoff, kes berkenaan adalah semata-mata berkaitan isu pencerobohan tanah oleh pihak yang tidak mempunyai hak ke atas premis tersebut.
Beliau menegaskan orang ramai tidak seharusnya memainkan sentimen 3R bagi mengaburi fakta sebenar kes berkenaan.
“Kami nyatakan kepada masyarakat agar tidak memainkan isu sentimen 3R untuk mengaburi mata awam kerana ia melibatkan isu pencerobohan.
“Ia bukan melibatkan isu agama, bukan melibatkan isu raja dan bukan melibatkan isu bangsa,” jelasnya.
Tambah beliau, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membuktikan kes tersebut tidak mempunyai kaitan dengan elemen 3R, sebaliknya berpaksikan isu undang-undang berkaitan pencerobohan tanah.
“Perintah Mahkamah Tinggi hari ini menzahirkan bahawa tidak ada sentimen 3R yang berlaku, sebaliknya berkait semata-mata dengan isu pencerobohan tanah.
“Mahkamah juga mendapati Mahkamah Majistret Jenayah Selayang telah terkhilaf dalam mendengar aduan yang difailkan oleh pihak penceroboh,” katanya ketika ditemui media di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Selayang yang sebelum ini mengarahkan kerja-kerja merobohkan kuil berkenaan dihentikan sementara.
Keputusan itu dibuat Hakim Suriyati Hasimah Mohd Hashim selepas membenarkan permohonan semakan jenayah yang difailkan oleh pihak pemohon, sekali gus membatalkan perintah terdahulu Mahkamah Majistret.
Dalam pada itu, Muhammad Hariz memaklumkan anak guamnya merancang untuk meneruskan pembangunan projek rumah asnaf di tapak berkenaan.
Menurutnya, projek tersebut sebelum ini tertangguh susulan pertikaian undang-undang, namun kini boleh diteruskan tanpa sebarang halangan.
Topic Berkaitan
#Kuil Rawang
#Yayasan Kubra
#rasisme
#Mahkamah Tinggi Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan