awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan di Puncak Jalil libatkan hampir sehektar, operasi pemadaman masih dijalankan
Kebakaran hutan di Puncak Jalil sebabkan kesesakan teruk
Bakal anjur ‘showcase’ di Qatar April ini, Ella teruja tiket hampir ‘sold out’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Muhyiddin: RM6 juta dimasukkan ke akaun Bersatu pada 2022 - Pegawai bank

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/03/2026
09:27 MYT
Kes Muhyiddin: RM6 juta dimasukkan ke akaun Bersatu pada 2022 - Pegawai bank
Tan Sri Muhyiddin hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram yang dihadapinya. - Foto Bernama
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat kemasukan wang berjumlah RM6 juta ke dalam akaun milik Bersatu antara 21 Feb 2022 hingga 17 Nov 2022.
Bekas Penolong Pengurus Ambank (M) Berhad Cawangan Amcorp Mall Nor Paizah Osman, 45, berkata kemasukan itu melibatkan nilai antara RM500,000 hingga RM1 juta yang kesemuanya menerusi cek melalui 10 transaksi berbeza.
Nor Paizah, yang kini bertugas sebagai Penolong Pegawai Ambank Cawangan OUG, berkata akaun itu dibuka pada 18 Sept 2018 di Cawangan Amcorp Mall atas penama persatuan atau pertubuhan Bersatu dengan jenis akaun semasa AmBank.
"Berdasarkan spesimen kad ini, saya sahkan terdapat enam penama tandatangan di ruangan Authorised Signature iaitu tandatangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Mohamed Salleh Bajuri, Muhammad Suhaimi Yahya, Muhammad Zulhelmi Zaulkafly dan Ili Syazwani Karmaine.
“Mengikut prosedur pembukaan akaun semasa di AmBank, hanya penama ini sahaja yang berhak menandatangani spesimen kad ini... jika terdapat orang lain selain penama ini yang menandatangani spesimen kad ini, pembukaan akaun itu adalah tidak sah dan tidak boleh diproses," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada hari ketiga perbicaraan kes Muhyiddin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.
Semalam, Pengurus Kewangan CIMB Islamic Bank Cawangan Menara KL Sentral Lee Hui Nee memberitahu mahkamah bahawa akaun Bersatu menerima RM19.3 juta melalui 28 transaksi cek antara 24 Ogos 2021 dan 11 Nov 2022, dan pihaknya membuat Laporan Transaksi Mencurigakan untuk dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kemasukan wang “puluhan juta” itu.
Sementara itu, disoal Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat mengenai siapa Presiden Bersatu sepanjang kemasukan wang berjumlah RM6 juta dari Februari hingga November 2022, Nor Paizah menjawab Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kepada soalan peguam Datuk Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Muhyiddin, sama ada saksi itu pernah mendapat inkuiri daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengenai isu kewangan Bersatu, Nor Paizah menjawab tidak pernah.
Bagaimanapun, saksi pendakwaan ketiga itu berkata beliau tidak ingat sama ada pihak bank ada menerima inkuiri daripada BNM berhubung akaun Bersatu selain mengakui kesemua transaksi cek berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah.
Saksi itu bersetuju dengan Amer Arshad bahawa segala transaksi kemasukan wang ke akaun Bersatu adalah teratur dan tiada seorangpun daripdaa enam penama tandatangan mempunyai kawalan penuh ke atas akaun tersebut.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi itu bersetuju bahawa akaun bank tersebut tidak mempunyai sebarang masalah atau syak wasangka.
Saksi pendakwaan keempat, iaitu bekas Penolong Pengarah JPPM Mohamad Amin Idris, 41,pula berkata Bersatu telah didaftarkan pada 8 Sept 2016.
Muhyiddin, 78, yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti Bersatu.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung 13 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#bicara
#Muhyiddin
#Rasuah
#cek
#wang
#akaun Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan