awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Nik Elin: Tenang dan hormati proses - Fahmi Fadzil

Sinar Harian
Sinar Harian
15/02/2024
08:46 MYT
Kes Nik Elin: Tenang dan hormati proses - Fahmi Fadzil
Menurut Fahmi, Kementerian Komunikasi akan memberikan kerjasama penuh serta menuruti titah nasihat dan pandangan Sultan Selangor. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Semua pihak tanpa mengira fahaman politik diingatkan bertenang dan hormati proses Jawatankuasa Khas yang telah ditubuh di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).
Ujar Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, semua pihak juga dinasihati tidak mendahului proses jawatankuasa itu.
"Pada masa yang sama, usahlah diteruskan polemik tidak sihat dan mengelirukan, demi kemaslahatan masyarakat," katanya menerusi hantaran di laman X pada Khamis.
Menurut Fahmi, Kementerian Komunikasi akan memberikan kerjasama penuh serta menuruti titah nasihat dan pandangan Sultan Selangor.
"Patik menjunjung kasih di atas titah nasihat serta pandangan Tuanku Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI.
"Semoga titah nasihat Tuanku ini dijadikan panduan serta dituruti semua pihak, tanpa mengira fahaman politik," katanya.
Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah jawatankuasa khas itu yang mengkaji isu berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri diberi tempoh setahun bagi mengemukakan sebarang cadangan kepada MKI.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid
#Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan