awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes penipuan tanah rizab Melayu: Saarani sedia beri kerjasama kepada SPRM

Bernama
Bernama
10/06/2024
10:17 MYT
Kes penipuan tanah rizab Melayu: Saarani sedia beri kerjasama kepada SPRM
Saarani berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang panggilan daripada SPRM berkaitan kes itu. - Gambar fail
MANJUNG: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dipanggil berhubung kes penipuan status tanah rizab Melayu seluas lebih 600 hektar pada 2012.

Ringkasan AI
  • Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, bersedia bekerjasama dengan SPRM jika dipanggil berhubung kes penipuan tanah rizab Melayu lebih 600 hektar pada 2012, tetapi beliau belum menerima sebarang panggilan daripada SPRM.
  • SPRM berkemungkinan memanggil beberapa saksi termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak yang berkhidmat pada ketika itu berkaitan kes penipuan tanah rizab Melayu tersebut.
  • Seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik PTG Perak telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menipu status tanah rizab Melayu di Mukim Sitiawan, Manjung 12 tahun lalu, dan tanah tersebut masih berstatus rizab Melayu tetapi dimiliki oleh syarikat bukan Melayu.

Saarani berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang panggilan daripada SPRM berkaitan kes itu.
"Tiada masalah (beri kerjasama)...kalau SPRM panggil untuk beri keterangan, kita beri keterangan.
"Bermula 2004 saya jadi Exco kerajaan negeri, terhenti sekejap 2008, sambung balik 2009 hingga 2018. Kalau (kes) berlaku dalam tempoh itu, kalau nak panggil saya, saya bersedia untuk beri kerjasama kepada SPRM," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 di sini hari ini.
Saarani sebelum ini pernah memegang beberapa portfolio antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Perladangan; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Modal Insan serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu berkemungkinan memanggil beberapa lagi saksi untuk memberi keterangan berhubung kes penipuan status tanah rizab Melayu berkenaan.
Azam berkata saksi-saksi berkenaan termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dalam perkhidmatan ketika itu.
Pada 30 April lepas, bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik PTG Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh atas tuduhan menipu status tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar di Mukim Sitiawan, Manjung, 12 tahun lalu.
Pada 28 Mei, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM dan direman selama tiga hari berkaitan kes berkenaan namun dibebaskan pada 30 Mei.
Sementara itu ditanya berkenaan status serta usaha kerajaan negeri terhadap tanah tersebut, Saarani berkata tanah itu masih berstatus rizab Melayu, tetapi dimiliki syarikat bukan Melayu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#tanah rizab Melayu
#SPRM
#beri kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan