awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pukul di KLCC: 18 'ulat foto' diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
27/03/2026
06:44 MYT
Kes pukul di KLCC: 18 'ulat foto' diberkas
Seramai 18 lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes memukul dua lelaki di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada Ahad. -Gambar hiasan/Bernama
Seramai 18 lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes memukul dua lelaki hingga mengalami kecederaan di kepala di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku apabila mangsa bertindak menegur sekumpulan individu yang dipercayai memukul seorang pelancong lelaki.
“Kumpulan tersebut memberi amaran kepada mangsa supaya tidak masuk campur. Namun, secara tiba-tiba pengadu diserang dari arah belakang oleh seorang individu dengan menggunakan pisau jenis kerambit ke bahagian kepalanya.
“Pengadu kemudian dipukul beberapa kali oleh individu yang dipercayai jurugambar, sebelum keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila kira-kira 30 rakan suspek turut sama menyerang mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sazalee berkata, bertindak atas maklumat, polis menjalankan operasi dan berjaya menahan 18 suspek berusia antara 17 hingga 45 tahun di sekitar lokasi kejadian pada malam berikutnya bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati semua yang ditahan mengaku berada di tempat kejadian dan bekerja sebagai jurugambar jalanan atau ‘ulat foto’ di sekitar kawasan tersebut.
“Selain itu, dua daripada suspek dikenal pasti oleh saksi melalui proses pengecaman yang dijalankan pihak polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan insiden itu dikongsikan oleh pempengaruh yang juga bekas guru, Mohd Fadli Salleh, menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila sekumpulan individu yang didakwa sebagai jurugambar haram bertindak agresif sehingga mencetuskan pergaduhan dengan pelancong asing di lokasi tumpuan tersebut.
Beliau mendakwa, dua mangsa yang juga peniaga air balang kebetulan berada di lokasi kejadian dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Namun, tindakan itu mengundang padah apabila mereka pula diserang secara beramai-ramai oleh kumpulan terbabit.
Topic Berkaitan
#KLCC
#ulat foto
#rusuhan
#jurugambar jalanan
#kerambit
#Mohd Fadli Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan