awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes 'scam' di Perlis meningkat 80 peratus - Polis

Bernama
Bernama
01/07/2022
09:09 MYT
Kes 'scam' di Perlis meningkat 80 peratus - Polis
Kes jenayah komersial melibatkan penipuan dalam talian di Perlis dari Januari hingga Mei tahun ini meningkat sehingga 80 peratus kata Ketua Polis negeri Datuk Surina Saad. - Gambar hiasan
KANGAR: Kes jenayah komersial melibatkan penipuan dalam talian di Perlis dari Januari hingga Mei tahun ini meningkat sehingga 80 peratus kata Ketua Polis negeri Datuk Surina Saad.
Beliau berkata stastistik menunjukkan bagi tempoh itu kerugian sebanyak RM1.1 juta, yang menghampiri jumlah kerugian RM1.8 juta pada keseluruhan tahun lepas dengan kes penipuan paling banyak dilaporkan melibatkan penipuan e-dagang.
"Peningkatan kes penipuan dalam talian ini amat ketara sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja laporan polis dibuat... Antara kes yang kerap berlaku penipuan tawaran pekerjaan, 'love scam' dan sebagainya," katanya selepas pelancaran Kempen Anti Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 peringkat Kontinjen Perlis, di sini, hari ini.
Surina berkata sehingga Mei tahun ini, sebanyak 150 tangkapan telah dibuat dan 46 peratus kes telah dituduh di mahkamah, dengan terdapat 41 kes penipuan itu melibatkan 19 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan.
Bagaimanapun beliau berkata kes melibatkan penggunaan akaun keldai menunjukkan pengurangan, kerana semakin banyak pertuduhan telah dibuat ke atas pemilik akaun.
Surina turut menasihatkan orang ramai untuk membuat semakan terlebih dahulu di laman web https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi dengan membuat semakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah komersial
#penipuan dalam talian
#scam
#Perlis
#E-dagang
#love scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan