awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes SRC: RM170 juta dipindah dari dua syarikat pembinaan ke SRC - Saksi

Isabelle Leong
Isabelle Leong
08/05/2019
10:03 MYT
Kes SRC: RM170 juta dipindah dari dua syarikat pembinaan ke SRC - Saksi
Najib menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. - Gambar BERNAMA
Saksi ke-31, Halijah Abdul Wahab memberi keterangan bahawa sebanyak RM170 juta telah dipindahkan daripada akaun milik dua buah syarikat pembinaan ke akaun AmBank milik SRC International.
Halijah yang juga Penolong Pengurus Maybank Cawangan Kuala Lumpur dalam keterangannya berkata, sebanyak RM140 juta dipindahkan daripada akaun Putra Perdana Construction ke dalam akaun SRC International pada 12 Disember 2014.
Sementara RM30 juta lagi dipindahkan daripada akaun syarikat Permai Binaraya Sdn. Bhd. ke dalam akaun SRC International pada 7 Januari 2015.
Menurut Halijah, kedua-dua transaksi tersebut dibuat melalui Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) daripada akaun Maybank milik syarikat-syarikat pembinaan tersebut.
Dalam keterangannya, beliau berkata pemindahan wang tersebut dibuat selepas pihak bank mendapat surat arahan dan melalui beberapa proses termasuk tandatangan dan kedudukan kewangan pelanggan.
BACA: Kes SRC: Ada cara untuk buktikan pinjaman RM2b KWAP digunakan untuk tujuan lain - Saksi
BACA: Kes SRC: AmBank didenda kerana gagal lapor transaksi curiga dalam akaun Najib - Saksi
Untuk rekod, Permai Binaraya Sdn. Bhd. merupakan subsidari Syarikat Putra Perdana Development Sdn Bhd (PPD) manakala Putra Perdana Construction merupakan anak syarikat Putrajaya Perdana Berhad.
Soal balas saksi akan diteruskan pada Khamis oleh pasukan pembelaan Najib yang diketuai ketua pasukan pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Topic Berkaitan
#ambank
#Halijah Abdul Wahab
#Muhammad Shafee Abdullah
#Najib Razak
#saksi
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan