awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak dan tetak: Dua lagi ditahan bantu siasatan

Bernama
Bernama
26/11/2025
11:15 MYT
Kes tembak dan tetak: Dua lagi ditahan bantu siasatan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata lelaki berusia 46 dan 35 itu ditahan pada Sabtu lepas di sekitar Seremban pada 1 tengah hari dan direman sehingga 28 Nov. - Foto BERNAMA
KUALA PILAH: Polis menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut ditembak dan ditetak berhampiran sebuah restoran di Sendayan, Seremban pada 19 Nov, menjadikan jumlah suspek kepada empat setakat ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata lelaki berusia 46 dan 35 itu ditahan pada Sabtu lepas di sekitar Seremban pada 1 tengah hari dan direman sehingga 28 Nov.
Beliau berkata perintah tahanan reman dua lelaki 32 dan 29 tahun yang ditahan sebelum ini pula akan disambung sehingga 1 Dis.
"Setakat ini 10 saksi dirakam percakapan dan kami masih mengenal pasti punca kejadian. Semua empat suspek mempunyai pelbagai rekod termasuk jenayah kekerasan membabitkan samun serta dadah dan mangsa juga mempunyai banyak rekod jenayah.
"Kita tidak menolak kemungkinan kejadian disebabkan aktiviti kongsi gelap atau berkumpulan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Parit Seberang di sini hari ini.
Alzafny berkata setakat ini siasatan menjurus kepada kongsi gelap atau geng tertentu selain maklumat diperoleh juga mengaitkan suspek dan mangsa dalam beberapa kes samun di Negeri Sembilan serta Lembah Klang.
Beliau berkata bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Rembau mengesahkan punca kematian mangsa yang berusia 33 tahun disebabkan kesan tembakan di kepala.
Dalam perkembangan lain, Alzafny berkata statistik Kadar Jenayah Indeks Negeri Sembilan menunjukkan penurunan 7.9 peratus bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Pada 2024, sebanyak 1,856 kes jenayah dicatatkan berbanding 1,709 kes untuk tempoh sama tahun ini manakala jenayah membabitkan kerugian harta benda menurun daripada 1,473 kes kepada 1,402 kes tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tembak dan tetak
#dua lagi ditahan
#bantu siasatan
#Polis Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan